BANGI - 7 Oktober 2020 : Seramai 20 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai Akademik dan Pentadbiran KUIS telah menerima surat kenaikan pangkat bagi tahun 2020 yang berlangsung pada hari ini.
Acara ini turut sama meraikan Profesor Madya Dr. Mohamad Syukri bin Abdul Rahman, Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni KUIS di atas kenaikan pangkat beliau sebagai Profesor Madya.
Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja KUIS mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Akademik dan Pentadbiran KUIS yang telah menerima surat kenaikan pangkat pada hari ini di atas segala sumbangan usaha dan tenaga dalam bidang tugas masing-masing dalam memastikan KUIS terus maju di persada pendidikan.
Semoga dengan berlangsungnya acara penyerahan surat kenaikan pangkat ini dapat memberikan suntikan semangat kepada semua warga KUIS untuk terus menghasilkan produktiviti kerja yang lebih berdaya saing dan komited pada masa akan datang.