UIS pada hari ini telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Rektor bagi Bulan Februari 2023 bertempat di Auditorium Dr Zainuddin Jaffar dan dihadiri oleh semua pengurusan dan kakitangan UIS.
Yang Berbahagia Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Rektor UIS dalam ucapannya turut menyentuh berkenaan Peristiwa Israk dan Mikraj yang jatuh pada 18 Februari 2023 ini. Beliau juga turut berkongsi maklumat dan awareness berkenaan aktiviti pemasaran pelajar baharu bagi kemasukan 2023, penambahbaikan terhadap fasiliti PdP rentetan lawatan pihak pengurusan ke semua fakulti dan pusat, pelan framework people-process-technology bagi memurnikan proses kerja di PTJ-PTJ terlibat, lawatan akreditasi penuh PhD Bahasa Arab yang akan berlaku pada 27 & 28 Febuari 2023 dan juga Karnival Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2.0 yang akan diadakan pada 21 sehingga 23 Februari 2023 nanti.
Perhimpunan bulanan pada kali ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi & Kewangan Islam, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Pemasaran dan Bahagian Perancangan Strategik & Kualiti.