Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Mahasiswa |
Pada 27 dan 28 Oktober yang lalu, telah berlangsung Pertandingan Penghujahan Mahkamah Syariah Peringkat Kebangsaan 2018 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pertandingan ini adalah anjuran USIM dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pertandingan ini turut disertai oleh beberapa IPTA dan IPTS di Malaysia iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sultan Sharif Ali (UniSSA) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Peserta KUIS yang terdiri daripada pelajar Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dengan kekuatan seramai 6 anggota telah menyahut cabaran getir dan ternyata usaha mereka membuahkan hasil apabila berjaya ke pusingan akhir dan meraih tempat ke empat keseluruhan. Tempat pertama dan kedua dimenangi oleh UIAM, diikuti oleh USIM pada tempat ketiga. Lebih membanggakan, peserta KUIS telah dianugerahkan sebagai pemenang hujahan bertulis terbaik dan salah seorang peserta daripada KUIS, saudara Muhammad Amirul Ashraf Bin Mohd Rafi telah dinobatkan sebagai 5 penghujah terbaik dalam pertandingan tersebut. Peserta KUIS membawa pulang piala iringan dan wang tunai berjumlah RM 2000 beserta sijil. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. |
![]() ![]() |