Kota Kinabalu, 5 Jun 2024 - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Hj. Mohd Ariffin bin Datuk Hj. Mohd Arif berkenan menyambut delegasi UIS yang diketuai oleh Naib Canselor UIS, Dato' Profesor Madya Mohd Farid Ravi bin Abdullah. Turut bersama delegasi adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Abdul Razif bin Zaini, Penasihat Undang-undang, Puan Rohaiza bin Mat Noh, Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr. Salman bin Zainal Abidin dan Puan Faridah binti Sabli.
Pertemuan berlangsung di Pejabat Rasmi Menteri, Tingkat 29, Menara Kinabalu dalam suasana yang penuh kemesraan. Perkenalan yang telah lama terjalin antara Dato' Farid dan Datuk Ariffin menjadikan sesi perbincangan berlangsung secara santai dan bersahaja.
Datuk Ariffin mendengar dengan penuh minat taklimat yang disampaikan oleh Dato' Farid yang sesekali diselangi dengan pengalaman beliau ketika menuntut pengajian peringkat Phd di Jordan.
Datuk Ariffin menyatakan komitmen berterusan kerajaan negeri Sabah untuk terus melestarikan pendidikan anak-anak Sabah di UIS terutamanya dari aspek sokongan kewangan sama ada melalui Biasiswa Negeri Sabah dan juga Yayasan Sabah.
Semoga pertemuan bersejarah akan lebih membuka peluang kepada anak-anak Sabah untuk melanjutkan pengajian di UIS.