Kuching,Sarawak 9 Julai 2024 – Bahagian Alumni dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB) sebagai AJK Program telah menganjurkan Majlis Jalinan Mesra UIS Bersama Alumni Negeri Sarawak sebagai usaha memperkasakan hubungan alumni.
Majlis bermula pada jam 7.45 malam bertempat di Serapi Hotel, Kuching Sarawak pada 9 Julai 2024 dan Seramai 60 alumni UIS yang hadir menjayakan program tersebut.
Majlis yang julung kalinya diadakan di Sarawak telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor, HEPA, Dr. Abdul Razif Bin Zaini, Ketua Bahagian Alumni, Puan Junizah Mardianah Binti Jaafar selaku Pengarah Program. Majlis turut dihadiri oleh Ketua BHEP, Dr. Salman Bin Zainal Abidin, Timbalan Ketua Bahagian, Puan Faridah Binti Sabli, Encik Mohd Radzman Bin Basinon, graduan tahun 2002 dan Pegawai Sektor Pendidikan Islam, JPN Sarawak, Ustazah Habibah Suhaiy.
Semoga program yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan yang kukuh bersama alumni KISDAR-KUIS-UIS dan akan terus memberi manfaat kepada universiti terutamanya pelajar. Pembabitan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada universiti adalah penting bagi mengekalkan serta mengembangkan pembangunan universiti.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memberi sokongan.