Disediakan oleh :
Persatuan Jabatan Tahfiz Wal Qiraat KUIS

pq 04

Pulau Indah, Pelabuhan Klang, 22 Ogos 2016 – Seramai 30 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Al-Sunnah dan  Komunikasi semester 7 dengan gabungan Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Al-Qiraat semester 4 yang mengambil subjek Sejarah Mashaf Kontemporari (IBQQ 2203), turut disertai oleh Ustazah Rohana Binti Zakaria selaku penasihat program  dengan kerjasama 2 pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Selangor dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menjalankan satu program pembuangan abu  al-Quran yang bertempatkan di Pulau Indah Pelabuhan Klang. Proses membuang abu al Quran di laut  sejauh 15 batu nautika merupakan peringkat terakhir pelupusan abu ayat suci al-Quran setelah selesai pembakaran abu al-Quran.

Program ini diadakan bertujuan bagi mendedahkan kepada masyarakat  khususnya kepada para pelajar supaya mengetahui kaedah-kaedah yang lebih beradab dalam pelupusan al-Quran yang tidak boleh digunakan atau yang telah rosak.

Majlis telah berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati beserta sesi bergambar bersama  para  petugas dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ,  pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat  dan kesemua pelajar yang terlibat. Sekalung tahniah bagi semua yang terlibat dalam program ini, diharapkan  program ini dapat diteruskan sebagai program khidmat ummah  mahasiswa KUIS kepada komuniti.

pq 01   pq 02
pq 03   pq 05

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).