Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

BANDAR SERI PUTRA - Perhimpunan Perdana buat kali pertama pada tahun ini telah diadakan pada 22 Januari bertempat di Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar anjuran Bahagian Pemasaran dan Komunikasi berkolaborasi dengan Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan) dan  Masjid Al Azhar, KUIS. Turut hadir, Rektor KUIS Yang berbahagia Profesor Dato’ Dr.  Ab. Halim bin Tamuri, Timb. Rektor Akademik dan Penyelidikan Dr. Mohamad Syukri Bin Abd. Rahman, Timb. Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni  Dr. Mokmin Bin Basri serta beberapa barisan pengurusan tertinggi KUIS.

Perhimpunan perdana kali ini telah diisikan oleh tazkirah tahun baru yang telah disampaikan oleh Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP).  Manakala Taklimat Promosi Tahun 2016 telah disampaikan oleh Encik Mokthar bin Ismail Pengarah Bahagian Pemasaran dan Komunikasi (BPK). Pembentangan kertas kerja hasil kajian Pegawai Akademik PPP turut dibentangkan.

Dato’ Rektor KUIS juga turut menyampaikan amanat tahun baru 2016 kepada hadirin yang juga warga kerja KUIS telah mengingatkan agar berjimat cermat dalam segala bidang termasuk penggunaan komoditi KUIS.

Kemuncak Perhimpunan memperlihatkan dengan sumbangan dari keuntungan dua buah kafe Yayasan kepada tabung kebajikan Timbalan Rektor Mahasiswa dan Alumni sebanyak RM32,700.00 serta pemberian penghargaan kepada penyumbang-penyumbang terbanyak Wakaf KUIS.

2016 1   2016 2
2016 3   2016 4
2016 5

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).