Hospital Serdang, 14 Jun 2024 - Bahagian Alumni UIS telah mengadakan lawatan Ziarah Ukhuwah ke atas saudara Shah Muhammad Harithah Bin Shah Harudin yang terlibat dengan kemalangan jalanraya pada bulan Mei 2024.
Saudara Shah Muhammad Harithah Bin Shah Harudin merupakan alumni UIS tahun 2014 Jurusan komunikasi, Fakulti Pengurusan dan Muamalah dan isterinya Nor Nabila Husna Binti Aziz alumni UIS tahun 2019.
Kemalangan tersebut telah menyebabkan beliau mengalami kecederaan di bahagian dalaman badan yang serius dan pada beberapa bahagian tubuh badannya, memaksa beliau terlantar di hospital sehingga sekarang.
Lawatan yang dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Dr. Abdul Razif Zaini, Timbalan Dekan HEPA FSS, Dr. Hazlin Falina Binti Rosli, Ketua Bahagian Alumni Puan Junizah Mardianah Binti Jaafar dan staf Bahagian Alumni.
Ziarah Ukhwah diakhiri dengan penyampaian buah tangan serta wang tunai yang turut disumbangkan oleh Fakulti Sains Sosial, Masjid Al Azhar UIS, Yayasan UIS dan Alumni yang menyumbang melalui Tabung Dana Alumni UIS. Pihak Kami mendoakan semoga diberi kesembuhan dan jiwanya tetap kuat dengan ujian dan cabaran hidup.
Keprihatinan Bahagian Alumni UIS dalam memastikan jalinan dan jaringan hubungan baik dapat dikekalkan di antara alumni dan UIS.
Sumbangan boleh disalurkan melalui link https://toyyibpay.com/TABUNG-DANA-ALUMNI