Senator Dato' Setia Haji Salehuddin Saidin, Ahli Dewan Negara merangkap Profesor Adjung Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) UIS hari ini menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk “Polemik Rang Undang-Undang Mufti Wilayah - Wilayah Persekutuan: Fakta dan Realitinya" anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang bertempat di Auditorium Zainuddin Jaffar.
YBhg. Dato' Profesor Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Naib Canselor UIS turut bersama-sama dalam majlis ini dan mengalukan kehadiran peserta yang terdiri daripada kakitangan dan mahasiswa mahasiswi Fakulti Syariah dan Undang-Undang.
Siri Syarahan Perdana oleh Prof. Adjung FSU adalah bertujuan untuk perkongsian pengalaman dengan pakar perundangan dan pendedahan kepada isu semasa perundangan Islam di Malaysia yang ideal dengan Fakulti Syariah dan Undang-undang UIS.
Antara isu yang dibentangkan ialah RUU Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024; peranan Mufti, Polemik RUU dan lain-lain yang berkaitan.
"Syarahan Perdana ini bukan sekadar satu platform untuk menimba ilmu, tetapi juga satu usaha untuk merungkai isu-isu semasa yang berkaitan dengan pentadbiran Islam di negara kita," Dato' Naib Canselor.