Berita UIS

12 Julai 2024 - Naib Canselor, Dato’ Profesor Dr Mohd Farid Ravi Abdullah telah merasmikan program Syarahan Umum Profesor bertempat di Auditorium Zainuddin Jaafar, Universiti Islam Selangor.

Pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Dato’ Profesor Dr. Mohammad Shatar Sabran telah menyampaikan syarahan berjudul ‘The Survival of Teaching and Learning’.

Syarahan menekankan kepentingan adaptasi dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam menghadapi cabaran semasa.

Dalam syarahan beliau, YBhg Dato’ Profesor telah memberikan penekanan kepada strategi baharu yang perlu diterapkan dalam pendidikan tinggi bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah era digital ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor, Profesor Madya Dr Zetty Nurzuliana Rashid, Tumbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr Abdul Razif Zaini serta kumpulan pengurusan tertinggi Universiti Islam Selangor (UIS).

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).