Sekalung Tahniah diucapkan kepada mahasiswa-mahasiswa Universiti Islam Selangor (UIS) yang telah berjaya dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung dari 4 hingga 7 Februari 2025. Acara ini diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
- Johan Hafazan 1-30 Juzuk (Perempuan)
Saudari Humairourrahmah binti Mastor
BI02 - Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah Dengan Komunikasi (Kepujian)
- Johan Hafazan 1-20 Juzuk (Perempuan)
Saudari Siti Khadijah bt Anuar
BI04 - Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Qiraat (Kepujian)
- Tempat Ketiga Hafazan 1-20 Juzuk (Perempuan)
SAudari Nur Farikhah Salikhah bt Abd Latiff Hilmi
BI02 - Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah Dengan Komunikasi (Kepujian)
Johan akan mara ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan April 2025 akan datang. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada lebih ramai mahasiswa untuk terus memartabatkan Al-Quran di peringkat yang lebih tinggi.