Universiti Islam Selangor hari ini bersetuju untuk menyampaikan hasrat menjalin Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kuwait Charitable Society dalam usaha untuk menaja pelajar antarabangsa.
UIS menyantuni dan mengiringi delegasi ini sepanjang lawatan lima hari mereka ke Malaysia bermula 23hb hingga 27hb Jun 2024. Delegasi Mr. Mohammad Al Hajeri, Dr. Taher Sufyan, Dr. Jasim Hirsi merupakan koordinator bagi organisasi mereka dalam mencari pelajar antarabangsa yang memenuhi kriteria untuk mendapat penajaan dalam bidang pengajian yang ditawarkan.
Selain UIS, delegasi turut diatur untuk melawat ke beberapa buah Universiti lain iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
Semoga hasrat kolaborasi ini dapat dimeterai dalam UIS melahirkan lebih ramai Dai, Ulama dan Umarak!