Berita UIS

Kuala Lumpur, 19 Mei 2025 - Universiti Islam Selangor (UIS) telah mengadakan sesi libat urus strategic Bersama MSM Malaysia Holdings Berhad dan FELDA bertempat di ibu pejabat MSM di Menara FELDA, Platinum Park, KLCC. Sesi ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama dalam usaha memperkasa komuniti FELDA melalui inisiatif Pendidikan mampan, pembangunan bakat serta latihan dan pensijilan berasaskan industri.

Sesi ini disertai oleh Naib Canselor UIS, Dato’ Profesor Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Pendaftar UIS, Encik Zulhizzam Hamzah Bersama kepimpinan tertinggi MSM termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Syed Feizal Syed Mohammad serta pegawai kanan FELDA dan WAQAF FELDA.

Dalam perbincangan tersebut, UIS memperkenalkan Inisiatif Wakaf Bangunan yang dirangka bagi menyokong pertumbuhan institusi pengajian tinggi serta memperluaskan akses Pendidikan kepada komuniti FELDA selari dengan agenda pembangunan inklusif negara. Antara hasil Utama pertemuan ini adalah persetujuan untuk membangunkan program pensijilan Bersama di bawah inisiatif MSM Perintis yang akan memfokuskan kepada bidang seperti Kecerdasan Buatan (AI), keusahawanan dan kemahiran-kemahiran lain yang sejajar dengan permintaan industry masa kini.

UIS turut berkongsi rancangan mewujudkan program keusahawanan berstruktur dan model incubator untuk melahirkan usahawan muda daripada kalangan belia FELDA. Melalui kerjasama dengan KUISCELL, satu kerangka latihan strategic untuk 3,000 warga kerja FELDA juga bakal dibangunkan merangkumi pembangunan professional, peningkatan kemahiran serta pengukuhan keupayaan organisasi.

Kerjasama ini mencerminkan sinergi antara misi akademik UIS dan tanggungjawab sosial korporat MSM dalam membentuk masa depan lebih cerah bagi masyarakat FELDA. Fasa seterusnya bakal menyaksikan perincian pelaksanaan inisiatif ini ke arah impak jangka panjang yang berkesan.

#jommasukuis #universitiimpiansemua

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).