Universiti Islam Selangor (UIS) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Darussalam (UNIDA), Gontor secara dalam talian untuk menjalankan sebuah penyelidikan "The Implementation of Waqf Sukuk in Malaysia & Indonesia".
Dari pihak UIS, penyelidikan ini diketuai oleh Dr. Zainab Aman, pensyarah dari Fakulti Pengurusan dan Muamalah bersama-sama dua orang ahli penyelidik iaitu Dr. Wan Shahdila Shah Binti Shahar dan Nur Suriana Binti Awaludin.
MoA ini ditandatangani oleh Rektor UIS Prof Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah dan disaksikan Dekan Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Dr Norfaezah Othman. Manakala pihak UNIDA dimeterai oleh Rektor, Prof. Dr. K.H. Hamid Fahmy Zarkasyi.
Semoga penyelidikan ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mendapat manfaat kedua-dua institusi.