Bahagian Audit Dalam

Fungsi Bahagian

title bottom left

Fungsi Umum

  • Memastikan fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik.

  • Memastikan sistem kawalan dalaman UIS secara keseluruhan dan kawalan atau pengurusan adalah mencukupi, cekap dan berkesan.

  • Memastikan sistem laporan dan peraturan kewangan dan perakaunan adalah mencukupi dan boleh dipercayai.

  • Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dan mematuhi polisi dan peraturan Universiti.

  • Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki masalah dalaman di setiap bahagian.

  • Membuat siasatan apabila diperlukan.

  • Mengemukakan Laporan Tahunan Bahagian Audit Dalaman UIS kepada Jawatankuasa Audit & Integriti (JKAI).

Fungsi Khusus

  • Menjalankan pengauditan mengikut Program Audit Tahunan yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Integriti UIS.

  • Menjalankan siasatan yang diarahkan oleh Jawatankuasa Audit & Integriti / Naib Canselor.

  • Menyediakan Laporan Audit / Siasatan dan membuat pembentangan kepada Naib Canselor dan Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Integriti UIS.

  • Bertindak sebagai Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Integriti UIS.

  • Membentangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Integriti UIS kepada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah UIS.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).