Fungsi Bahagian
SEKSYEN BAJET & KAWALAN TUNAI
-
Menyediakan peruntukan bajet tahunan untuk kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.
-
Membuat agihan peruntukan bajet untuk setiap Pusat Tanggungjawab
-
Mengawal perbelanjaan mengikut peruntukan bajet yang diluluskan dan memastikan segala tanggungan Kolej Universiti adalah berpandukan dasar-dasar kewangan (TKP).
-
Mengurus pindahan/tambahan peruntukan (virement) apabila menerima permohonan dari Pusat Tanggungjawab.
-
Menyedia laporan pindahan peruntukan setiap bulan untuk kelulusan Pengurusan dan setiap suku tahun untuk kelulusan JKTK.
-
Menyedia laporan bajet untuk mesyuarat yang berkaitan.
-
Menyediakan dokumen pelaburan dan pindahan wang antara akaun bank.
-
Menguruskan peletakan pelaburan UIS berdasarkan kepada kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan, Pinjaman Dan Tabung Amanah.
-
Mengurus proses pendahuluan, pembayaran dan sumbangan untuk program pembangunan akademik.
SEKSYEN AKAUN & KEWANGAN KORPORAT
-
Menyediakan laporan aliran tunai setiap minggu.
-
Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan.
-
Menyediakan Laporan Kewangan setiap bulan dan memastikan laporan-laporan tersebut dikemaskini.
-
Menyediakan penyata penyesuaian bank setiap bulan.
-
Mengurus proses audit dan percukaian syarikat.
-
Mengurus dan memantau wang runcit (petty cash).