Bahagian Pemasaran

Fungsi Bahagian

title bottom left

  • Merancang, menyusun, melaksana mengawal dan menyelaras aktiviti pemasaran semua program akademik UIS di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) kepada calon pelajar tempatan dan antarabangsa melalui pelbagai saluran atau media yang bersesuaian.

  • Menyelia permohonan secara atas talian, menyemak syarat kemasukan, mengeluarkan surat tawaran, mengendalikan proses pendaftaran pelajar, menyediakan laporan permohonan dan tawaran bakal pelajar tempatan dan antarabangsa.

  • Merancang, menyelaras, melaksana, menilai dan mengawal selia semua aktiviti berkaitan pemasaran antarabangsa bagi mendapatkan calon pelajar dan mengurus dokumentasi sehingga calon pelajar hadir mendaftar di UIS.

  • Bertanggung jawab ke atas semua bahan bercetak seperti banner, bunting, iklan, poster dan juga terbitan cetak dan media masa dan penerbitan advertorial.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).