Fungsi Bahagian
SEKSYEN PENGURUSAN PENGAJIAN PELAJAR
Fungsi Umum
-
Menggubal dan mengemaskini dasar, polisi dan peraturan-peraturan akademik UIS.
-
Melaksana, menguatkuasa dan mengemaskini Peraturan-Peraturan Akademik Universiti.
-
Menguruskan urusan pengajian pelajar berdasarkan Peraturan Akademik Universiti.
-
Menguruskan proses pendaftaran, pengesahan, penangguhan, pertukaran, pemberhentian serta mengawal selia data, maklumat dan rekod pelajar sepanjang pengajian di UIS.
-
Mengurus dan menyelaras proses jadual kuliah/ tutorial/ makmal pada setiap awal semester.
Fungsi Khusus
-
Penyediaan Takwim Akademik.
-
Mengurus setia bengkel-bengkel penyelarasan akademik.
-
Menguruskan Pendaftaran kursus pelajar bagi setiap semester pengajian.
-
Menguruskan proses tambah dan gugur kursus pelajar.
-
Menguruskan proses pengesahan pelajar dan semakan status pelajar.
-
Mengurus dan menyelenggara data, maklumat, rekod dan fail peribadi pelajar.
-
Menguruskan permohonan pertukaran program pengajian, pertukaran semester, penangguhan pengajian, berhenti pengajian dan rayuan pelajar.
-
Menyediakan pelaporan berkaitan maklumat pelajar kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), MyRA, eIPTS, SETARA dan lain- lain agensi berkaitan.
-
Memantau penggubalan jadual kuliah.
SEKSYEN PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN
Fungsi Umum
-
Menetapkan dasar dan polisi peperiksaan dan pengijazahan pelajar Universiti.
-
Menguruskan peperiksaan, proses pemindahan dan pengecualian kredit, proses graduasi dan pengijazahan pelajar Universiti.
Fungsi Khusus Peperiksaan
-
Pengesahan senarai kursus yang didaftarkan untuk peperiksaan.
-
Penyediaan bahan dan maklumat peperiksaan akhir semester.
-
Penyediaan jadual waktu, penetapan lokasi dan janaan tempat duduk peperiksaan akhir semester.
-
Mengeluarkan slip kebenaran menduduki peperiksaan.
-
Mengendalikan proses cetakan kertas soalan peperiksaan akhir semester selepas pengesahan peringkat fakulti/ pusat bagi peperiksaan bersemuka.
-
Membuat pelantikan Ketua Pengawas, Pengawas dan Pembantu Pengawas peperiksaan akhir semester bagi peperiksaan bersemuka.
-
Mengendalikan peperiksaan akhir semester berdasarkan Takwim Akademik.
-
Menguruskan proses penangguhan, peperiksaan ulangan, peperiksaan ulangan khas dan peperiksaan gantian.
-
Memproses, menyelaras dan mengeluar keputusan peperiksaan akhir semester.
-
Penyelarasan dengan fakulti/pusat bagi proses pengesahan keputusan peperiksaan akhir semester.
-
Mengeluar slip keputusan peperiksaan akhir semester, peperiksaan ulangan, peperiksaan ulangan khas dan peperiksaan gantian.
-
Menguruskan semakan semula keputusan penilaian kursus.
-
Menguruskan rayuan bagi pelajar yang memperoleh HPNG di Bawah Tahap Lulus.
-
Menyelaras laporan keputusan peperiksaan untuk pengesahan Jawatankuasa Peperiksaan dan Pengijazahan Fakulti/ Pusat.
-
Menyediakan laporan keputusan peperiksaan untuk pengesahan Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Akademik dan kelulusan Mesyuarat Senat Universiti.
-
Mengemaskini buku garis panduan peperiksaan dan buku garis panduan penggubalan kertas soalan peperiksaan akhir gaya UIS (pindaan 2020)
-
Mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Akademik.
-
Keahlian Prosiding Tatatertib Pelajar yang melibatkan salah laku peperiksaan.
-
Mengurus proses pemindahan dan pengecualian kredit kursus.
-
Mengeluarkan senarai penerima Anugerah Dekan dan Sijil Anugerah Dekan.
Fungsi Khusus Pengijazahan
-
Proses ‘complete’ status pengajian pelajar.
-
Penyelarasan laporan pelajar tamat untuk pengesahan Jawatankuasa Peperiksaan dan Pengijazahan dan Mesyuarat Fakulti.
-
Menyediakan kertas kelulusan pelajar tamat pengajian untuk perakuan dan pengesahan status layak dianugerah Diploma/ Ijazah oleh Mesyuarat Senat.
-
Penyediaan, percetakan dan penyerahan Surat Tamat Pengajian, Transkrip Akademik Sebahagian, Transkrip Akademik Penuh dan Sijil Akademik.
-
Penyediaan data dan pelaporan berkaitan peperiksaan dan pengijazahan.
SEKSYEN APEL.C
Fungsi Umum
-
Menyediakan platform bagi mengiktiraf pengalaman pembelajaran terdahulu bagi pelajar UIS.
-
Menguruskan hal ehwal berkaitan penganugerahan kredit melalui kaedah APEL.C bagi pelajar UIS yang layak.
-
Menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat di UIS.
Fungsi Khusus
-
Menyelaras pelaksanaan APEL.C UIS berpandukan Guidelines to Good Practices: Accreditation of Prior Experiential Learning for Credit Award (APEL.C) MQA, Garis Panduan UIS untuk Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu Bagi Tujuan Penganugerahan Kredit (APEL.C) UIS dan lain – lain garis panduan/ buku panduan/ pekeliling/ memo yang berkaitan.
-
Memberi penerangan berkaitan proses penganugerahan kredit APEL.C kepada pelajar yang berminat dan layak sebelum meneruskan permohonan.
-
Menyelaras proses berkaitan Ujian Penilaian Kendiri bagi penganugerahan kredit APEL.C pelajar UIS.
-
Menyelaras proses pembangunan instrumen ujian cabaran bersama pihak fakulti, pusat dan institut yang berkaitan.
-
Mengurus hal-hal berkaitan pelaksanaan Ujian Penilaian Kendiri dan Ujian Cabaran pelajar.
-
Bekerjasama dengan fakulti, pusat, institut, bahagian atau seksyen lain bagi melancarkan proses pelaksanaan APEL.C.
-
Merancang dan menyelaras latihan berkaitan APEL.C kepada pegawai UIS.
-
Menguruskan urusan berkaitan dengan pihak berkepentingan seperti MQA atau agensi-agensi lain yang berkaitan.