Bahagian Perancangan Strategik & Kualiti

Fungsi Bahagian

title bottom left

KETUA BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK & KUALITI

  • Menyediakan perancangan Bahagian.

  • Menetapkan KPI Bahagian dan Seksyen.

  • Memaklumkan, menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dasar dan polisi semasa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), SIRIM dan lain-lain agensi yang berkaitan.

  • Merancang, membantu dan menyelaras aktiviti dan proses penjaminan kualiti program pengajian bagi memastikan pematuhan terhadap akta, standard dan garis panduan yang ditetapkan.

  • Merancang aktiviti bagi meningkatkan sistem jaminan kualiti dalaman Internal Quality Assurance (IQA) dan aktiviti peningkatan kualiti berterusan Continual Quality Improvement (CQI).

  • Merancang dan menyelaras aktiviti pembangunan pelan strategik Universiti Islam Selangor (UIS).

  • Menghadiri mesyuarat utama yang berkaitan dengan akademik di peringkat pra siswazah dan peringkat pasca siswazah iaitu Mesyuarat Senat, Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Akademik (JKPPA) dan Mesyuarat Jawatankuasa Siswazah (JKPS), Jawatankuasa Penilaian Program Pengajian UIS (JKPPPU) dan lain-lain mesyuarat yang berkaitan.

  • Menyelaras bengkel untuk membangunkan SOP, garis panduan, instrumen pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi garis panduan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang berkaitan kualiti akademik dengan PTJ berkaitan.

  • Membentang kertas kerja yang berkaitan kualiti akademik untuk kelulusan di peringkat UIS (jika perlu).

  • Merancang dan menyelaras aktiviti program berdasarkan Standard MS ISO 9001:2015.

  • Memantau dan menyelaraskan akreditasi program pengajian UIS.

  • Menyediakan perancangan bajet tahunan.

  • Menyelia dan menguruskan pentadbiran bahagian.

  • Menjalaskan tugas-tugas ad hoc yang berkaitan dengan kualiti akademik dari semasa ke semasa.

 

SEKSYEN AKREDITASI

  • Menyediakan perancangan tahunan aktiviti Seksyen Akreditasi.

  • Menyelaras aktiviti berkaitan akreditasi program pengajian UIS seperti membantu dalam penyediaan dokumen, permohonan, kelulusan, maklum balas, lawatan penilaian dan sebagainya bagi mematuhi ketetapan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan lain-lain agensi yang berkaitan.

  • Memantau proses penjaminan kualiti program pengajian bagi memastikan pematuhan terhadap akta, polisi, standard, garis panduan atau lain-lain peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan lain-lain agensi yang berkaitan.

  • Bekerjasama dengan PTj berkaitan dalam mengenalpasti keperluan bimbingan dan latihan yang diperlukan.

  • Menyediakan bantuan bimbingan dalam menjelaskan proses berkaitan akreditasi dari semasa ke semasa.

  • Menjalankan tugas-tugas ad hoc yang berkaitan dengan akreditasi atau hal-hal lain yang diberikan dari semasa ke semasa.

 

SEKSYEN PENJAMINAN KUALITI

  • Menyediakan perancangan aktiviti Seksyen Penjaminan Kualiti.

  • Memantau pematuhan terhadap keperluan Standard MS ISO 9001:2015.

  • Menyemak dan mengemaskini Prosedur ISO di bawah Standard MS ISO 9001:2015 dari semasa ke semasa.

  • Merancang dan menyelaras aktiviti audit kualiti dalaman dan lawtan audit SIRIM bersama dengan Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti UIS.

  • Merancang dan menyelaras bengkel latihan berkaitan pengurusan kualiti serta menyediakan bantuan bimbingan dalam menjelaskan hal-hal berkaitan keperluan Standard MS ISO 9001:2015.

  • Memantau pencapaian KPI setiap jawatankuasa di dalam pelan strategik UIS.

  • Merancang dan menyelaras bengkel latihan berkaitan pelan strategik UIS.

  • Menguruskan pembentangan pelan strategik di peringkat UIS.

  • Menjalankan tugas-tugas ad hoc yang berkaitan dengan pengurusan kualiti atau hal-hal lain yang diberikan dari semasa ke semasa.

Bahagian Perancangan Strategik & Kualiti

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).