Bahagian Teknologi Maklumat

Fungsi Bahagian

title bottom left

SEKSYEN PENGURUSAN APLIKASI

  • Merancang, membangun dan menyelenggara sistem-sistem aplikasi bagi menyokong fungsi UIS.
  • Menyelenggara dan menambahbaik mutu aplikasi yang telah dibangunkan dari masa ke semasa.

  • Menyelaras, memantau dan memastikan maklumat-maklumat dalam sistem-sistem aplikasi sentiasa dikemaskini dan keperluan serta permintaan pengguna disediakan.

  • Menyelaras penyelesaian masalah berkaitan capaian sistem-sistem aplikasi.

 

SEKSYEN PENGURUSAN RANGKAIAN DAN KESELAMATAN ICT

  • Merancang, mengurus, membangun, mengawasi & meningkatkan sistem rangkaian Local Area Network (LAN) dan Wide Area Network (WAN).
  • Merancang, mengurus, melaksana dan menyelia peralatan rangkaian

  • Menilai dan menguji teknologi-teknologi peralatan rangkaian baharu untuk dilaksanakan.

  • Melakukan perancangan penyelenggaraan/ penaiktarafan sistem mengikut keperluan semasa dan menyelesaikan sebarang permasalahan teknikal berkaitan sistem rangkaian dan capaian internet.

  • Merangka dasar dan garis panduan keselamatan ICT UIS.

  • Memantau aktiviti-aktiviti di dalam sistem dan rangkaian komputer UIS dan menguruskan insiden keselamatan ICT.

  • Melaksanakan program-program kesedaran keselamatan ICT di kalangan warga UIS.

 

SEKSYEN PENGURUSAN DIGITAL DAN LAMAN WEB

  • Mengurus,merancang, mereka bentuk, membangunkan, menyelaras, memantau dan menyelenggara perkhidmatan laman web dan aplikasi yang bersesuaian serta mematuhi garis panduan kriteria laman web UIS.

  • Mengkaji dan mengenal pasti teknologi baru yang dapat diadaptasi bagi membantu laman web dan aplikasi mudah alih (mobil) berfungsi dengan lebih baik.

  • Memastikan laman web adalah sejajar dan selaras dengan laman web IPT yang lain dan memenuhi garis panduan MAMPU.

  • Mentadbir, mengurus dan memberikan khidmat sokongan bagi aplikasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) UIS.

  • Menguruskan dan menyelaras gerak kerja alih bahasa laman web supaya seragam.

  • Memastikan kandungan Laman web adalah terkini.

  • Mengurus dan mentadbir keselamatan bagi pangkalan data laman web, aplikasi web PdP dan aplikasi mudah alih (mobil).

  • Mengurus dan menjalankan proses konfigurasi server dan instalasi perisian berkaitan laman web dan aplikasi mudah alih (mobil) yang mematuhi metodologi pembangunan perisian.

 

SEKSYEN PENGURUSAN OPERASI & KHIDMAT SOKONGAN ICT

  • Merancang dan mengurus operasi infrastruktur IT UIS secara keseluruhan bagi menyokong program pengkomputeran UIS.

  • Memantau dan menganalisa prestasi sistem komputer dan mengendali perjalanan sistem pengkomputeran UIS agar beroperasi 24x7 dengan 'downtime' yang minima.

  • Mengurus dan mengendali pemulihan bencana dan 'backup and recovery'.

  • Merancang dan mengurus peralatan desktop dari segi perolehan, pemasangan, penempatan, peminjaman, penyelenggaraan dan pelupusan.

  • Memberi khidmat sokongan teknikal kepada pengguna dan menguruskan aduan sistem ICT dan mengurus penggunaan perisian.

  • Mengurus fail-fail dan perbelanjaan bahagian.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).