Fungsi Pejabat
-
Peneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan, Pelan Strategik Perpustakaan dan Pelan Strategik Universiti bagi tempoh lima (5) tahun yang mengandungi perancangan penggunaan, penyelenggaraan dan pengoperasian prasarana, perkhidmatan dan keselamatan ICT serta perpustakaan dalam menyokong pencapaian visi dan misi universiti.
-
Memacu proses-proses yang cross functional antara Pusat Tanggungjawab dari aspek penggunaan teknologi maklumat yang bersepadu dan pelaksanaan proses-proses kerja secara berkesan supaya kemudahan ICT dan perpustakaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti dan pembuatan keputusan.
-
Membangun, mengendali dan mengurus keperluan prasarana dan keselamatan ICT serta perpustakaan (keperluan fungsi dan perkhidmatan perpustakaan) supaya berada di dalam keadaan selamat, tersedia dan mengikut perkembangan semasa.
-
Memelihara integriti data secara digital, menggalakkan perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyaluran maklumat secara digital dan selamat kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada di dalam dan luar organisasi.
-
Menggalakkan pembudayaan ICT dan perpustakaan serta mempromosikan kemudahan, perkhidmatan dan keselamatan ICT serta perpustakaan supaya seiring dan menyokong teras strategik universiti dengan bertindak sebagai agen dan perintis kepada perubahan.
-
Penggubalan dasar-dasar, standard dan amalan terbaik ICT dan perpustakaan serta memastikan dasar-dasar, standard dan amalan terbaik adalah dikuatkuasakan dan diaudit bagi membantu di dalam proses pengurusan risiko yang lebih sistematik di UIS.