Pejabat Pendaftar

Fungsi Pejabat

title bottom left

Pejabat Pendaftar bertanggungjawab dalam aspek-aspek berikut:

  • Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sumber manusia seperti perjawatan, latihan serta perkembangan kerjaya kakitangan.

  • Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan proses-proses sokongan kepada aktiviti akademik seperti rekod pelajar, peperiksaan, pengijazahan serta unjuran kakitangan akademik.

  • Menguruskan hal ehwal yang berkaitan keurusetiaan aktiviti serta mesyuarat utama universiti dan melaksanakan tadbir urus terbaik.

  • Menguruskan serta membangunkan fasiliti di UIS bagi membolehkan persekitaran dan sistem kerja yang selamat, sihat, kondusif, mesra dan ceria diwujudkan.

  • Menguruskan secara khusus untuk memasarkan program-program pengajian di UIS serta mendapatkan pelajar-pelajar baharu untuk UIS.

  • Mengurus hal ehwal berkaitan keselamatan warga UIS secara amnya serta keselamatan fasiliti dan harta benda di UIS.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).