Fungsi Pejabat
-
Memastikan semua perancangan berkaitan pembangunan mahasiswa UIS diurus dengan tersusun dan terancang serta memenuhi keperluan masa hadapan.
-
Menetapkan semua perancangan dan pengurusan pembangunan mahasiswa menepati kehendak dan standard modul insan yang dinamik.
-
Melaksana dan mengatur semua keputusan Pengurusan UIS yang berkaitan mahasiswa secara khususnya dalam keadaan tersusun dan lancar.
-
Memastikan segala penyediaan dan kawalan mutu prasarana dan kemudahan serta keperluan mahasiswa diurustadbir, diselia dengan baik dan telus.
-
Meladeni semua pelanggan yang berurusan di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dengan penuh kemesraan, ketelusan, ketulusan dan mengamalkan profesionalisme yang tinggi.