Fungsi Pusat
-
Menggubal pelan strategik dan perancangan tahunan berkaitan jaringan industri serta kerjasama dengan komuniti setempat.
-
Pusat Jaringan Komuniti & Industri berfungsi dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan industri di setiap fakulti secara semester tahunan.
-
Mewujudkan jaringan dengan pihak industri melalui MoU, MoA dan jalinan kerjasama akademik serta industri.
-
Membantu kelangsungan UIS dalam mendapatkan penajaan dari industri.
-
Mengenengahkan kepakaran yang ada di UIS untuk dipasarkan di dalam dan luar negara.
-
Mengadakan pelbagai jenis aktiviti ilmiah untuk Komuniti Bandar Ilmu Putra Mahkota.
-
Mengadakan Program Komuniti yang boleh membantu asnaf di kalangan penduduk di Bandar Seri Putra Mahkota dengan kerjasama Jawatankuasa Induk Bandar Ilmu Putra Mahkota.