Fungsi Bahagian
- Menguruskan Permohonan Kelulusan Pengambilan Pelajar Antarabangsa bagi membolehkan pihak UIS membuat pengambilan dan pengurusan pelajar antarabangsa.
-
Menyediakan pelan perancangan.
-
Mengadakan sesi rundingan dengan PTJ berkaitan.
-
Menyediakan dokumen permohonan.
-
Menguruskan sesi lawatan audit penilaian oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri.
-
- Menguruskan hal berkaitan Pas Pelajar Antarabangsa sepanjang tempoh pengajian berdasarkan piawaian Pengurusan Pelajar Antarabangsa oleh IPTS.
-
Urusan permohonan Pas Pelajar (termasuk Variation dan Progression) dan Pas Khas, pembaharuan Pas Pelajar dan Passport serta pemendekkan Pas
Tanggungan dan tempoh Pas Pelajar. -
Urusan Permohonan Memo Periksa Keluar (check out memo/ exit stamp) bagi pelajar tangguh/ tamat/ ditamatkan pengajian.
-
Urusan jemputan pelajar antarabangsa di terminal.
-
Urusan post medical pelajar dan perlindungan insurans untuk penyediaan Pas Pelajar.
-
Urusan pengaktifan akaun Bank Islam.
-
- Menguruskan dan mengemaskini rekod pelajar antarabangsa pada fail pelajar dan e-IPTS sepanjang tempoh pengajian berdasarkan piawaian Pengurusan Pelajar Antarabangsa oleh IPTS.
-
Menguruskan rekod pelajar antarabangsa aktif pada setiap semester seperti Approval For Foreign Student Studying In Malaysia, passport dan pas pelajar, personal bond, laporan kehadiran kuliah, pendaftaran semester, pendaftaran kursus, keputusan peperiksaan, jadual kuliah, takwim akademik dan surat amaran/ tindakan tatatertib: laporan dan rekod bagi pelajar kehadiran kurang daripada 80%.
-
Menguruskan rekod pelajar bergraduasi seperti sijil dan transkrip akademik, memo periksa keluar (check out memo/ exit stamp) dan surat tawaran menyambung pengajian di institusi yang sama.
-
- Menyediakan laporan dan statistik berkaitan pelajar antarabangsa bagi tujuan pemantauan dan penyeliaan pelajar antarabangsa.
-
Menyediakan Laporan Sukuan Tahunan dan Pelaksanaan Inisiatif Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) ke Kementerian Pengajian Tinggi.
-
Menyediakan laporan kepada pihak EMGS dan KDN bagi pelajar tangguh pengajian.
-
Menyediakan laporan pelajar antarabangsa yang berkerja sambilan dan menetap di luar kampus dalam lingkungan 20KM kepada Kementerian Pengajian
Tinggi. -
Menyediakan laporan statistik dan data pelajar antarabangsa untuk keperluan Universiti, Kementerian dan agensi berkaitan.
-
- Memantau dan mematuhi dasar terkini pengambilan pelajar antarabangsa.
-
Mengemaskini Portal EMGS STARS berkaitan akreditasi program oleh pihak KPT dan MQA dan lesen pengambilan pelajar oleh pihak PKT dan KDN melalui
permohonan kepada pihak EMGS.
-
Mematuhi dasar keperluan kompetensi Bahasa Inggeris pelajar antarabangsa berdasarkan ketetapan KPT dan The Common European Framework of
Reference for Languages (CEFR). -
Memantau serta mematuhi polisi dan dasar terkini yang dikeluarkan oleh pihak Universiti, EMGS, JIM, KDN dan KPT.
-
- Mengemaskini maklumat berkaitan akademik, program pengajian dan lain-lain prosedur/ proses berkaitan pengurusan pelajar antarabangsa.
-
Menyediakan dan mengemaskini handbook SOP pengurusan pelajar antarabangsa sebagai rujukan pelajar antarabangsa sepanjang tempoh pengajian.
-
Mengemaskini maklumat pada laman sesawang berkaitan.
-
Mengemaskini Prosedur ISO MS9001:2015 dan Prosedur Operasi Standard Seksyen Pengantarabangsaan.
-
- Menyampaikan maklumat terkini berkaitan dasar pengurusan pelajar antarabangsa oleh pihak universiti, KPT dan KDN melalui taklimat, laman web UIS atau apa jua saluran yang disediakan.
-
Bekerjasama dengan Bahagian Pemasaran mengenalpasti peluang dan aktiviti pemasaran pelajar antarabangsa untuk dilaksanakan.
-
Bekerjasama dengan fakulti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta pusat tanggungjawab berkaitan dalam mengurus dan melaksanakan program mobiliti pelajar/pensyarah dan aktiviti pelajar serta berkaitan dengan kebajikan pelajar antarabangsa.