Pejabat Penasihat Undang-undang

Fungsi Pejabat

title bottom left

Terdapat dua (2) bahagian yang dikendalikan di Pejabat Penasihat Undang-undang iaitu:

BAHAGIAN PENASIHATAN PERUNDANGAN (BPP)

BPP bertanggungjawab untuk:

  • Memberi nasihat kepada UIS terutama pihak Pengurusan Tertinggi UIS dalam semua hal-hal perundangan berkaitan dengan governan, polisi, pembangunan kampus dan hal ehwal akademik yang berkaitan dengan risiko perundangan;

  • Menasihati UIS tentang apa-apa Akta, Statut, Kaedah, Dasar, Peraturan atau mana-mana berkaitan undang-undang yang memerlukan pengubahsuaian atau penambahbaikan berdasarkan amalan dan prosedur UIS;

  • Penasihatan undang-undang dalam penyediaan apa-apa dokumen, surat, laporan dan sebagainya;

  • Penasihatan undang-undang mengenai tindakan tatatertib pegawai dan pelajar UIS;

  • Penasihatan Undang-undang mengenai rayuan tatatertib pegawai dan pelajar UIS.

 

BAHAGIAN TADBIR URUS PERUNDANGAN (BTUP)

BTUP bertanggungjawab untuk:

  • Memberikan nasihat undang-undang berkaitan tadbir urus UIS sebagai sebuah pertubuhan perbadanan termasuk mengenai peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah UIS, Senat dan Pihak Berkuasa lain UIS, dan peranan dan tanggungjawab pegawai serta pelajar UIS mengikut struktur Perlembagaan UIS;

  • Menggubal dan menyediakan instrumen dan surat cara undang-undang termasuk menggubal statut, kaedah dan peraturan UIS;

  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;

  • Menguruskan mesyuarat jawatankuasa tatatertib pegawai dan pelajar di peringkat UIS.

Pejabat Penasihat Undang-undang

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).