Objektif peraturan KUIS adalah untuk memastikan keselamatan, ketenteraman dan keselesaan pelajar sebagai memenuhi tahap kehidupan yang cemerlang di KUIS. Semua pelajar adalah bertanggungjawab mematuhi segala peraturan KUIS yang ditetapkan.
Pihak Pengurusan KUIS melaksanakan pemeriksaan semasa dan berkala ke atas kediaman pelajar mengikut keperluan. Mengadakan taklimat kesedaran tentang peraturan KUIS.
Pengendalian Kes Disiplin
Sekiranya kes dikendalikan secara pentadbiran kaedah tindakan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut :
-
Memberi nasihat, amaran 1 dan ta’dib.
-
Merekod ketidakpatuhan di dalam Borang Disiplin & Tatatertib.
-
Mengambil gambar lokasi kejadian, barang kes sebagai bukti.
-
Merujuk kes kepada Seksyen Alumni & Runding cara (SAR) untuk khidmat kaunseling.
-
Memaklumkan kepada ibu / bapa / penjaga berlarutan.
Sekiranya kes dikendalikan secara perundangan mengikut Akta 174, perkara ini hendaklah dirujuk kepada Pegawai BPM (Kebajikan dan Disiplin) untuk tindakan selanjutnya.