-
Kenal pasti rakan sebilik / apartment yang sakit dan laporkan kepada Felo Bertugas pada hari tersebut (rujuk jadual felo Bertugas).
-
Felo bertugas akan mengenal pasti tahap kesakitan pelajar dan merekodkan dalam Borang Aduan Kecemasan maklumat pelajar tersebut.
-
Sekiranya tidak serius felo bertugas boleh mengambil tindakan sewajarnya.
-
Sekiranya pelajar mengalami sakit serius, pelajar perlu dihantar oleh van KUIS ke hospital / klinik dengan membawa kad rawatan pelajar.
-
Sekiranya pelajar ditahan wad, felo perlu memaklumkan kepada penjaga pelajar.
-
Felo bertugas perlu menyerahkan laporan keesokan hari kepada Pengetua untuk maklumbalas perkembangannya.
Penerangan
-
Bagi tujuan pemeriksaan tahap sakit pelajar, Felo perempuan untuk pelajar perempuan dan Felo lelaki untuk pelajar lelaki kecuali darurat.
-
Kos rawatan di klinik swasta adalah tanggungan pelajar sendiri.
-
Felo hendaklah memastikan kotak ”First Aid” yang terdapat di setiap mahallah hendaklah sentiasa lengkap dengan ubat-ubatan asas dan tidak luput tarikh.
-
Felo dan Penyelia Asrama bertindak cepat bagi sebarang sakit yang melibatkan kesukaran pernafasan (asma / pengsan) dan perlu segera dihantar ke hospital.
-
Nombor telefon semua yang terlibat dalam aspek kecemasan perlu ada di setiap belakang pintu bilik pelajar dan pengawal keselamatan.