Felo KUIS dengan bantuan Seksysn Alumni & Runding cara (SAR) sentiasa bersedia untukmembantu mengurus pelajar bermasalah. Antara masalah yang mungkin dihadapi adalah seperti berikut :
Wabak Penyakit
-
Wabak penyakit merangkumi demam denggi, malaria, campak dan penyakit lain yang merbahaya yang menimpa pelajar hendaklah diambil tindakan berikut :
-
Pengetua dan semua felo berbincang untuk menyelaraskan tindakan menghadapi situasi.
-
Pengetua / Felo bertugas maklumkan kepada Rektor / Timbalan Rektor.
-
Waris pelajar terlibat dimaklumkan.
-
Mengambil langkah susulan bagi mencegah wabak seperti semburan fogging bagi kes denggi dan sebagainya.
Bencana
Bencana merangkumi banjir, jerebu, kebakaran, ribut, pencemaran dan lain-lain perlu diambil tindakan berikut :
-
Pengetua dan semua felo berbincang untuk menyelaraskan tindakan menghadapi bencana.
-
Pengetua / Felo Bertugas memaklumkan dengan segera kepada Pengarah / Timbalan Pengarah.
-
Mengarahkan pelajar mengambil langkah menyelamatkan diri dengan segera dan berkumpul di tempat yang selamat.
-
Mententeram keadaan panik di kalangan pelajar KUIS adalah tugas amat penting dilakukan oleh setiap felo.
-
Ketua felo / felo sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk menentukan tahap bahaya.
-
Jika keadaan memaksa atau arahan berpindah oleh pihak berwajib, maka semua felo mesti menyelaras proses pemindahan secara beramai-ramai ke lokasi yang lebih selamat.