Kolej Kediaman

Profil

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mempunyai 12 buah kolej kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.

Dasar utama penempatan pelajar di Kolej Kediaman ialah memberi penempatan selesa dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya. Pihak kolej telah mengadakan pelbagai aktiviti pelajar mencakupi aspek akademik, kepimpinan, sukan, rekreasi sosial dan kerohanian.

Kolej kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat penginapan pelajar malah berfungsi sebagai tempat pembelajaran dan perpaduan pelajar. Dasar kolej kediaman universiti adalah untuk memberi tempat penginapan dengan persekitaran pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat. Semua pihak sama ada pengurusan kolej atau penghuni menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai. KUIS mempunyai 12 buah kolej kediaman yang boleh menempatkan seramai 2,340 orang siswa dan 4,164  orang siswi.

Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan di peringkat kolej dan dikawalselia oleh Pengetua dan Pengurus Asrama. Bagi membantu pentadbiran kolej dan menjaga kebajikan serta pembangunan pelajar, beberapa Felo telah dilantik oleh Pengetua Kolej Kediaman. Pelajar boleh menghubungi Felo yang bertugas selepas waktu pejabat untuk bantuan dan nasihat berkaitan dengan aktiviti atau masalah yang mereka hadapi.

 

Senarai Kolej Kediaman

title bottom left

KOLEJ KEDIAMAN SISWA
P1 Kolej Kediaman Abu Bakar
P2 Kolej Kediaman Uthman
P3 Kolej Kediaman Umar
P4 Kolej Kediaman Ali
P5 Kolej Kediaman Bilal
Blok A Kolej Kediaman Faruq
Blok B Kolej Kediaman Hamzah
Blok C Kolej Kediaman Zubair
Blok D Kolej Kediaman Uqbah
Blok E Kolej Kediaman Salman
Blok F Kolej Kediaman Handzalah
KOLEJ KEDIAMAN SISWI
P6 Kolej Kediaman Khadijah
P7 Kolej Kediaman Aisyah
P8 Kolej Kediaman Asiah
P9 Kolej Kediaman Asma'
P10 Kolej Kediaman Fatimah
Blok G Kolej Kediaman Hafsah
Blok H Kolej Kediaman Safiyyah
Blok I Kolej Kediaman Maryam

asrama 2

Kolej Kediaman untuk Pelajar Diploma & Ijazah (Siswa)

asrama 3

Kolej Kediaman untuk Pelajar Diploma & Ijazah (Siswi)

asrama 1

Kolej Kediaman untuk Pelajar Asasi

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).